Sunday, November 29, 2009

Korban mak dan kakak Aidiladha 10 Zulhijjah 1430/2009

Abang Ku sedang menimbang daging untuk di bahagi 7 bahagian
Imang sebagai "supervisor"sedang mengawal keadaan
Pengarah dalam acara korban ini
Bahagian "wak gelewak"

Inilah Dr.Rul pakar bedah dari Pasar Garik dipinjam untuk pemotongan daging dan tulang.Dia mengambil masa tak sampai 30 minit untuk 'clear' satu ekor lembu.Katanya dia bisa potong 4 ekor lembu 1 hari untuk dijual...so tak hairan dia expert



Pok Tar sebagai penternak lembu ditugaskan untuk mengikat dan membuka tali lembu selepas disembelih


Mamat ni walaupun sebagai 'jaga' di masjid sebelah iaitu masjid Teluk Paku tapi masih sempat menyumbangkan bakti sempena korban...tahniah diucapkan
Penyembelih sedang mengambil wakil dari peserta korban
Lembu yang akan dikorbankan

Tuesday, October 20, 2009

Berbuka Puasa 09/09/2009 di S.M.A.Ladang














Majlis cukup meriah dengan kehadiran ramai guru lelaki dan perempuan membawa keluarga masing-masing.

Monday, August 10, 2009

Perkhemahan SMA Sultan Zainal Abidin Ladang di Sekayu 6/8-8/8/09











Day 1 Thu 6.8.09 - Ummi sahaja pergi pukul 2pm dan balik 9pm.
Day 2 Fri 7.8.09 - Kami sekeluarga pergi pukul 12.30pm dan sampai 13.15pm.Setelah sampai iman dan walid pergi sembahyang jumaat terlebih dahulu.Apabila nak balik kami lihat ramai jemaah sedang makan rambutan dan duku,so kami join lah sekali.Kami tidur di Tropikal Resort@Sekayu yg telah ditempah oleh sekolah.Kami lunch dgn lauk ikan singgang dan budu..malangnye budu tak cukup.
Lepas makan kami mandi sampai lah ke petang,dan setelah hujan turun kami pun naik.Kami minum petang teh 'o' dengan cempedak goreng yang disediakan oleh Cikgu Aini.Cikgu Ya bawa 2 guni cempedak dan 1 guni rambutan untuk hidangan kami bersama.Kami dan pelajar bersama menjayakan program petang iaitu perlawanan bola sepak 4 sebelah.Selepas isyak kami dinner dan BBQ.Program pelajar pula ialah persembahan mengikut kelab masing-masing.Setelah selesai kami pun balik tidur.
Day 3 Sat 8.8.09 - Bangun pagi kami lunch dengan sandwich yang disediakan oleh Cikgu Sabariah dan mandi sekali lagi.Lepas mandi kami makan nasi minyak lauk ayam yang disediakan oleh Cikgu Fatimah dan lauk daging merah yang dibawa oleh Cikgu Aini.Semua pelajar sedang mendengar taklimat terakhir dan majlis bersurai bersama Pengetua.Kami check out dan pulang pada pukul 12.30pm.

Tuesday, August 4, 2009

PERJALANAN 8 Sahabat ke Jakarta & Bandung 29.7-1.8.2009

*****Kos tambang AirAsia KT ke LCCT ke JAKARTA pergi balik RM 418*****




DAY 1 Wed 29jul 2009 - Airasia AK5381 Kuala Terngganu to LCCT depart 0820hrs and arrive 0910hrs.AK386 LCCT to Soekarno Hatta Airport depart 1315hrs and arrive 1415hrs,sampai kat airport kami terus ke McDonald sebab tak nak serabut dgn pak supir yg mengekori utk mengajak menaiki teksi mereka.....
Kami rase lega sebab mereka tak boleh masuk ke dlm McD,tetapi budak lap kasut tetap ikut sampai dalam.Kami tukar duit dapat RM357=Rupiah 1 juta...kemudian kami ambik Avanza dan Unser dgn bayaran 700,000 utk 2 biji.
Kami menuju ke Allson Renaissence Hotel Apartment dan lepas maghrib kita orang keluar makan sebab dah kebulur semua.Hotel ni tak bagus sangat sebab hotel lama dan bercampur dgn bangsa asing.Kalau kau datang sini carilah hotel lain yg lebih selesa.
Kami beli simcard+top up (mereka panggil pulsa) jenis simPATI yg terbaik coverage disana.Selesai semua dah beli kami balik hotel...aku terus tidor sebab letih sangat...dan yg lain buat aktiviti masing2 lah pulak

DAY 2 THU 30jul - Kami pergi awal ke stesen keretapi hingga tak sempat breakfast sebab nak cepat ke Bandung,malangnye terpaksa tunggu hampir 2 jam kerana keretapi sudah terlepas.
Kami makan dulu kat BASO MALANG OASIS dan memang malang kerana masakannye pedas giler.Ada 2 perkhidmatan keretapi di Stasiun Gambir iaitu Agro Gede dan Paranayan....Kami malas nak tunggu lama dan terus ambil Paranayan kelas eksekutif harga 40,000 jam 0830hrs dan sampai 1130hrs...Kalau anda ada kesempatan naiklah Agro Gede harganya 80,000 kerana ianya lebih ekslusif.Sampai kat Bandung kami naik Toyota Innova ke Hotel Cemerlang dengan tambang 30,000.
Lepas zuhur kami keluar ke Pasar Baru dan tukar duit dapat RM355=Rupiah 1juta.Kami pergi makan kat Sederhana Bintaro masakan padang,restoran ni banyak cawangan kat indonesia ni tapi tak sedap sebab masin sikit.Lepas shopping kat Pasar Baru kami ke Factory Outlet Jalan Chihampelas...tak de ape yg menarik pun bagi aku sebab banyak barang indonesia..........aku beli t-shirt GUCCI 2 helai made in Italy,tu yg terbaik bagi aku.Kat sini byk patung2 di letak depan kedai cam superman,rambo,ultraman dan byk lagi.Barang lain yang menarik ialah baju kanak2 Polo,Osh Kosh dan MU dan kami pun pulang ke hotel.
Lepas isyak kami keluar ke Paris Van Java,kat sini memang happening sebab cewek2nye cam dalam sinitron TV.Kat sini ade Sogo dan macam2 butik...tapi hargenye lebih mahal dari Malaysia.Kami makan kat KFC dan balik naik angkutan
DAY 3 FRI 31jul - Bangun pagi kami terus breakfast,dan alangkah terkejutnya kami sebab same2 breakfast dgn Kelab Puspanita Terengganu(geng mak datin).Dunia ni sebenarnye kecik je..Kami sewa Kia Pregio 750,000 sehari sampai pukul 10pm.Driver cakap orang Malaysia suka shopping kat pasaraya Toko Tiga,kami pergi tapi tak de ape yg menarik pun..ianya hanya pasaraya...banyak jeans Levi's original buatan Malaysia,Filipina dan Indonesia,harge same kat Kl je.Aku tak beli sebab cari made in USA takde.Dulu mase aku gi Pontianak byk aku jumpe Levi's from US. Kami pergi ke Rumah Mode(factory outlet paling top di Bandung) dan makan2 disana.Tak de ape yg menarik pun...same je kat kL.Aku beli seluar jeans Burberry dan Guess(buatan Indonesia).
Kami pergi semula ke jalan Chihampelas sebab ade yang nak shopping lagi.
Kami pergi ke Restoran Kampung Daun yg famous kat atas bukit lebih kurang 45minit dari bandar.
Kampung Daun ni macam Cameron Highlands jugaklah sebab kat atas bukit,sejuk dan ramai orang
menjual bunga di tepi jalan.
Memang berbaloi sebab konsep restoran yg berbeza,harga berpatutan
dan sedap.Cubalah makan pisang goreng as dessert memang best.
Kemudian kami balik hotel dan
lepas maghrib kami keluar dgn aktiviti masing2.
Aku pergi Merdeka factory outlet dan pasaraya
Matahari.lepas makan kat McD
aku balik hotel dgn pak supir Reno.
Day 4 SAT 1Aug - Kami breakfast dan terus naik van ke Soekarno Hatta Airport yg memakan
masa 3jam.Sampai sana terus check in dan jalan-jalan kat duty free sebelum berlepas.Kami bertolak
lewat 20 minit.....maklumlah airasia.Kami naik Airasia QZ7692 Soekarno Hatta Airport to LCCT
depart 1330hrs and arrive 1625hrs.AK 5388 LCCT to Kuala Terengganu depart 2005hrs
and arrive 2055hrs.