Thursday, July 23, 2009

Medan, Brastagi dan Kampung Batak 15/04/09-18/04/09

*****Kos tambang Air Asia KT ke KL pergi balik RM153
*****Kos tambang Air Asia KL ke Medan pergi balik RM348


DAY 1 WED15APR2009 - Airasia Kuala Terengganu to LCCT
Airasia LCCT to Polonia Airport Medan.Sampai je airport kami seramai 8 orang terus ke Brastagi dgn Toyota Innova dan check in kat hotel Brastagi Cottage.Dalam perjalanan kami singgah tukar duit dapat RM1000=Rupiah3juta dan kami berhenti lunch kat restoran yg agak selesa dan bersih.Selepas mandi kami jalan2 kat pasar Brastagi dan membeli sedikit buah-buahan.Brastagi memang terkenal dgn cuaca yg sejuk macam Cameron Highlands.Sebelah malam kami ronda2 kat Bandar Baru untuk melihat keadaan sekeliling,dan balik tidor.
DAY 2 THU16APR2009 - Bangun tidor kami breakfast dan terus pergi ke kolam air panas,memang berbaloi mandi kat sini sebab badan jadi ringan dan sihat.Kami menuju pula ke kampung Batak dan dalam perjalanan byk pokok limau ditanam di sepanjang jalan dan tertera label...petik sendiri.Kami berhenti seketika untuk membeli limau dan pisang.Kami hanya pergi sampai ke jeti untuk ke Kampung Batak,kerana tak cukup mase kami terus pulang ke Medan dan check in kat hotel yg paling terkenal di sana Garuda Plaza.Ramai wakil rakyat Malaysia yg selalu tinggal kat sini.Sebelah malamnye kami buat aktiviti masing2.
DAY 3 FRI 17APR2009 - Selepas breakfast kami pergi ke Medan Mall untuk membeli kain dan pakaian dan balik ke hotel.Lepas lunch kami ke Kedai Kain Haji Dawo yg terkenal disana.Aku beli sedikit sutera tangan dan mesin.Sebelah malam kami hanye menghabiskan mase di lobby hotel melayan life band.Aku sempat lagi ke factory outlet untuk mencari pakaian.
DAY 4 SAT18APR2009 - Kami bangun awal dan menggunakan khidmat van hotel untuk ke airport.Kami sempat beli Bika Ambon dan kek lapis dengan Pak Arman.Walaupun van hotel kami guna,pemandunye berlagak dgn meminta tips 50,000 dan bile kami bagi 30,000 dia menolak....ciss tolak rezeki kau.