Day 1 Thu 6.8.09 - Ummi sahaja pergi pukul 2pm dan balik 9pm.
Day 2 Fri 7.8.09 - Kami sekeluarga pergi pukul 12.30pm dan sampai 13.15pm.Setelah sampai iman dan walid pergi sembahyang jumaat terlebih dahulu.Apabila nak balik kami lihat ramai jemaah sedang makan rambutan dan duku,so kami join lah sekali.Kami tidur di Tropikal Resort@Sekayu yg telah ditempah oleh sekolah.Kami lunch dgn lauk ikan singgang dan budu..malangnye budu tak cukup.
Lepas makan kami mandi sampai lah ke petang,dan setelah hujan turun kami pun naik.Kami minum petang teh 'o' dengan cempedak goreng yang disediakan oleh Cikgu Aini.Cikgu Ya bawa 2 guni cempedak dan 1 guni rambutan untuk hidangan kami bersama.Kami dan pelajar bersama menjayakan program petang iaitu perlawanan bola sepak 4 sebelah.Selepas isyak kami dinner dan BBQ.Program pelajar pula ialah persembahan mengikut kelab masing-masing.Setelah selesai kami pun balik tidur.
Day 3 Sat 8.8.09 - Bangun pagi kami lunch dengan sandwich yang disediakan oleh Cikgu Sabariah dan mandi sekali lagi.Lepas mandi kami makan nasi minyak lauk ayam yang disediakan oleh Cikgu Fatimah dan lauk daging merah yang dibawa oleh Cikgu Aini.Semua pelajar sedang mendengar taklimat terakhir dan majlis bersurai bersama Pengetua.Kami check out dan pulang pada pukul 12.30pm.