Kami bertolak lewat jam 6.30 petang kerana iman ada kelas tambahan.Kami sampai jam 9.30 malam dan terus ke Hotel Polyland.Kami terpaksa parking di luar kerana parking penuh dan hotel kami betul-betul dalam pasar malam dan terpaksa ambil balik kereta jam 1.30 pagi untuk parking di dalam.Harga hotel amat berpatutan iaitu RM 88 untuk katil deluxe dan RM 10 untuk extra bed.
Pada sebelah pagi aku sempat ronda-ronda dalam pasar Wakaf Che Yeh dan membeli beras siam RM 30 untuk 10 kg dan serunding daging tempatan.
Selepas check out kami ke KB Mall dan Parkson.Lily beli perfume Polo RM 230 untuk 100 ml dan mendapat voucher RM 40.Dia beli mainan kesukaan anak-anak Thomas dan Dora.
Last sekali sebelum balik,kami ke Medan Selera Kampung Kraftangan untuk lunch dan amat berbaloi kerana walaupun harga RM 25.80 kami dapat air sirap 1 jag,ikan keli besar 2 ekor,ayam 2 ketul besar ,ikan patin,budu dan ulam-ulaman yang harganya lebih murah dari Kuala Terengganu.Kami sampai hampir maghrib kerana singgah makan sotong di Merang.