Wednesday, July 27, 2011

PADANG DAN BUKIT TINGGI 19-23.07.2011

SELASA 19.07.2011-Aku menukar rupiah terlebih dahulu di Hak Ventures jalan Paya Keladi dengan kadar tukaran Rm 367=Rp 1 juta dan sedikit USD lebihan semasa aku bertugas di Ghana dulu.Kami bertolak seramai 5 orang iaitu Rosli dan isterinya serta anak dan bini aku dari Kuala Terengganu jam 21.20 malam dan sampai di LCCT jam 22.15 malam.Kami terus check in di Tune Hotel yang telah di tempah lebih awal dengan harga Rm 150.41 sebilik.Kami menyewa tuala berharga Rm 5.30 sehelai dan tambahan air cond Rm 13.62 sebilik untuk 12 jam.Biliknya sangat sempit dan kami terpaksa sembahyang di atas katil.



RABU 20.07.2011-Seawal jam 5.30 pagi kami telah bangun kerana waktu penerbangan ke Padang adalah jam 7.50 pagi dan sampai di Bandar Udara Internasional Minangkabau jam 8.00 pagi waktu Padang.Anak aku Muhammad Nur Iman dan uminya Aminah Salini sangat gembira dan tak sabar-sabar hendak ke sana memandangkan ini adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke negara orang.
Kami breakfast dalam flight kerana terlalu lapar dan malangnya nasi tidak mencukupi dan kami terpaksa mengambil sandwich dan chicken BBQ.

Pemandangan yang sempat di rakam sebelum mendarat di airport Padang iaitu Bandar Udara International Minangkabau.
Setelah sampai kami di jemput oleh Pak Dede yang telah sedia menunggu dengan kertas tertulis Mr Atang.Kami terus menaiki kereta Toyota Innova yang telah disewa dengan kadar Rp 600,000 sehari.Pak Dede adalah local guide yang pernah di gunakan oleh sepupu aku iaitu Ibu Nor atau Noya nama panggilan di kampung.Pak Dede adalah pekerja di Hotel Malindo dan membuat part time sebagai local guide.Kalau ada yang berminat bolehlah menelefonnya di talian handphonenya +6281 3631 22741 atau emailnya at DET_BAZZ@yahoo.com.Kami terus ke Bukit Tinggi dan dalam perjalanan kami singgah ke beberapa destinasi yang terkenal.Destinasi pertama adalah Air Terjun Lembah Anai yang tingginya 150 meter dan amat terkenal di sini.
Seterusnya kami terus dibawa ke Pusat Informasi Budaya Minangkabau atau perpustakaan Minangkabau.Di sini anada boleh menggunakan set pengantin dan dikenakan bayaran hanya Rp 35,000 seorang.Mereka juga memberi penerangan secara percuma tentang asal usul kaum Minangkabau dan amat rugi jika anda tidak datang ke sini.
Kami terus lunch di Rumah Makan Pak Datuk yang terkenal dan tidak jauh dari situ.Makanan dan minuman di situ memang enak dan menyelerakan.Kami dikenakan bayaran Rp 248,000 untuk 5 orang dan rasanya amat berbaloi.
Seterusnya kami ke Sulaman Pesona Minang dan aku beli 2 pasang baju sembahyang sutera dengan harga Rm 75=Rp 205,000 sepasang.Pemilik kedai (menantunya)bengang kat aku kerana harga yang di beri hanya setakat Rp 250,000 dari Rp 290,000.Setelah kami hendak pulang,dia menyuruh pekerjanya memanggil aku dan memberikan harga yang aku minta tersebut.Di sini aku sertakan sekali muka menantunya yang bengang itu

Kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi dan setelah sampai kami meninjau ke beberapa buah hotel.Kebanyakan hotel di sini kurang menarik kerana keadaan perabot dan biliknya agak lama.Kami check in di Hotel Bagindo dan bilik aku mempunyai 3 katil single dan harganya Rp 250,000=Rm 91.75
Selepas mandi dan solat kami ke gerai Batagor Ihsan kerana ramai yang mengidam untuk makan bakso.Aku sempat beli prepaid simPATI Rp 12,000 untuk pick up(free Rp 5,000 air time) dan Rp 10,000 air time di kedai berhampiran.
Bakso dan minumannya amat menyelerakan dan harganya hanya Rp 105,000 untuk 5 orang.
Lepas makan kami ke House Of Beauty & SPA.Anda boleh mencubanya kerana harganya hanya Rp 1 juta untuk 4 orang bagi package hair spa ,lulur dan facial.
Seterusnya kami makan durian memandangkan sekarang adalah musimnya di sana.Harga sebiji durian hanya Rp 20,000=Rm 7.34
Bini dan anak aku tak makan durian dan hanya menunggu di dalam kereta.Akhirnya kami ke KFC untuk makan malam dan terus balik hotel sebab semua sudah keletihan dan mengantuk.

KHAMIS 21.07.2011-Kami bangun awal dan breakfast di hantar ke bilik.
Kami check out dan terus ke Ngarai Sianok atau Taman Panorama untuk melihat pemandangannya serta melawat Terowong Jepun di sekitarnya.Caj yang di kenakan hanya Rp 4,000 seorang.Di sini anda dapat melihat pemandangan yang cantik dan melalui terowong peninggalan pihak Jepun yang dalam dan melalui banyak anak tangga.
Seterusnya kami melawat ke Pusat Sulaman Hjh Rosma di Kampung Baso.Bini aku beli sepasang kain berharga Rp 360,000=Rm 132.12 setelah tawar-menawar dengan suami Hjh Rosma.Dia layan kami dengan baik jadi tak tergamaklah nak tawar gila-gila harga.Ramai orang Malaysia di hantar ke sini untuk berkursus sulaman.Kuih pias kacang aku beli Rp=15,000 satu dan rasanya enak sekali.
Kemudian kami menuju ke Batu Sangkar untuk melawat Istana Silindung Bulan atau Istana Pagaruyung.Aku sempat merakam gambar Gunung Merapi yang masih aktif dan menjadi ketakutan penduduk Bukit Tinggi.Dalam perjalanan kami singgah di Tabek Patah untuk melihat industri tempatan di kilang Kiniko kopi kisar,kiripik pisang dan pisang salai.
Kemudian kami terus pergi melihat Istana Silindung Bulan yang baru di baiki setelah rosak teruk di panah petir menurut penduduk di situ.Terdapat ramai orang menjual buah ciku dan aku beli Rp 10,000 satu plastik.
Kami singgah lunch di Restoran Pondok Flora yang terkenal di sini kerana di tengah sawah padi dan terdapat kolam ikan di bawahnya,serta dikenakan bayaran Rp 229,000=Rm 81.75 untuk 5 orang dan rasanya amat berpatutan.Anak aku ,Iman beli 2 seruling dengan nenek yang berniaga di situ dengan harga Rp 30,000
Kami balik ke Bukit Tinggi dan terus check in di Nikita Palace Hotel.Hotelnya amat selesa dan harganya pun amat berpatutan iaitu Rp 240,000 untuk satu bilik walaupun jauh sedikit dari bandar.
Setelah mandi dan solat kami terus ke Pasar Atas Bukit Tinggi.Kami banyak membeli di kedai Rahmi Bordir di lantai 2 kerana jurujualnya mesra dan sentiasa tersenyum.
Aku beli kain batik Daun Dewa Rp 60,000 sehelai,kain pelekat Gajah Duduk benang 7000 Rp 85,000 sehelai,kain cottom sulam Rp 110,000 sepasang dan kain sulam kerawang Rp 110,000 sepasang.Songkok iman aku beli dengan harga Rp 80,000 sebiji.
Kami sempat bergambar di depan Jam Gadang yang terletak di depan Pasar Atas yang menjadi mercu tanda Bukit Tinggi.Anda boleh bergambar dengan berbagai maskot di situ dan dikenakan bayaran hanya Rp 1000-2000 sahaja.
Selepas bergambar kami pergi tukar wang di kedai menjual emas yang di tunjukkan oleh Pak Dede dan kadarnya amat bagus iaitu Rp 1 juta=Rm 356.Kami balik semula ke lokasi Jam Gadang dan terus ke Pasaraya Ramayana yanag terletak bertentangan dengannya untuk membeli sedikit pakaian untuk anak-anak.2 pasang baju Thomas & Friends bini aku beli dengan harga Rp 49,900 dan Rp 75,900.Iman beli seliparnya Rp 19,900 dan aku beli sandle Carvil Rp 114,900.
Selepas shopping kami makan di restoran makanan segera Texas yang berada di dalamnya sementara menunggu Pad Dede sampai.
Sebelum balik hotel kami makan roti canai,sate dan murtabak mesir di Restoran Sederhana Masakan Padang dan dikenakan bayaran Rp 105,000 untuk 5 orang.

FRIDAY 22.07.2011-Memandangkan hari ini adalah hari terakhir kami bangun awal untuk breakfast dan check out.Di sini amat selesa dan makanannya pun enak.Kami check out dan terus ke Padang.
Dalam perjalanan kami singgah di Pusat Sulaman Cany dan hanya melihat sahaja sulamannya.
Kami beruntung kerana sekarang adalah musim durian dan sepanjang perjalanan di Kampung Padang Panjang ramai orang berniaga durian.Kami singgah dan makan 2 biji berharga Rp 10,000=Rm 3.56 dan 2 biji lagi berharga Rp 15,000=Rm 5.34.Harganya memang murah dan semuanya fresh baru kutip dari pokok.Kemudian kami beli air mineral yang terkenal dengan panggilan Aqua dingin untuk yang sejuk berharga Rp 2,000 sebotol.Setelah selesai makan kami pun bertolak ke kota Padang.
Setelah sampai di Kota Padang kami singgah di Basco Grand Mall untuk membeli donat,roti dan cappucino di JCO donuts dan Breadtalk.Aku beli baju Minnie berharga Rp 115,900 di pasaraya Matahari yang berada di dalam Basco Grand Mall tersebut.
Kami terus check in di Hotel Hang Tuah dan hanya mengambil kuncinya sahaja kerana semua dah lapar dan terus ke Pantai Padang untuk lunch dan membeli telur penyu yang banyak dijual di situ.Hotel ini berhadapan dengan Pasaraya Ramayana dan hanya 200-300 meter sahaja jaraknya dengan Pasar Padang.
Kami sempat melihat Jambatan Siti Nurbaya yang terletak tidak jauh dari situ.
Sambil makan nasi kami makan telur penyu yang di beli di kedai berhampiran yang berharga Rp 7000=Rm 2.49 sebiji dan Rosli beli sedikit untuk di bawa pulang ke Terengganu.
Makanan di sini sungguh enak kerana ikannya masih segar dan harganya pun berpatutan dan kami di kenakan bayaran Rp 155,000 untuk 5 orang.Di sini aku sertakan gambar nenek yang jaga parking dengan muka yang garang,suara yang lantang dan anak aku gelarnya nenek gangster.
Lepas makan kami balik untuk solat dan berehat.Selepas solat asar kami ke Pasar Padang yang tidak jauh dari hotel dan pergi hanya berjalan kaki sahaja.Aku beli beg Barbie hanya Rp 25,000 sahaja.Baju Thomas & Friends aku beli 2 pasang Rp 70,000 dan baju Mickey Mouse Rp 40,000.
Kemudian kami ke pasaraya Ramayana dan membeli sakan di situ kerana ada jualan murah.Aku beli baju Spiderman Rp 85,900 sepasang dan T-shirt Paul Smith Rp 29,900 sehelai.Aku banyak membeli pakaian untuk anak buah di kampung di pasaraya ini.
Setelah penat berjalan kami pun berhenti rehat dan makan di KFC.Lepas makan kami pun balik ke hotel kerana hari dah pun gelap.

Selepas mandi dan solat kami keluar sekali lagi ke Pasar Padang dan membeli sedikit lagi barang yang tertinggal.Memandangkan pasar telah pun di tutup,aku terpaksa beli di shop lot yang berderetan di situ dan harganya memanglah mahal.Beg Thomas & Friends aku beli dengan harga Rp 73,000 dan Rosli beli rokok Volution Rp 120,000 satu karton.Sebungkus berharga 12,000 dan rokok Dji Sam Soe 234 berharga Rp 15,000 sebungkus.Kami singgah lagi di Pasaraya Ramayana dan membeli lagi sedikit pakaian.
Kemudian kami pergi makan mee goreng dan martabak mesir yang terkenal di sini.Kedai ini memang ramai pengunjung dan penebar martabaknya pun seramai 5 orang.Lepas makan kami balik dan terus tidur.
SABTU 23.07.2011-Seawal 4.30 pagi kami telah bangun kerana flight ke Kuala lumpur jam 8.30 pagi waktu Padang.Kami check out dengan bayaran hotel Rp 220,000 sebilik tidak termasuk tax dan service charge.Hotel di sini sahaja yang mengenakan tax dan charge,kerana sebelum ini kami tidak dikenakan charge di Bukit Tinggi.

Teksi telah pun menunggu dan pemandunya buat hal dengan menyuruh kami bayar untuk 2 teksi iaitu Rp 200,000 kerana terlebih seorang sedangkan Pak Dede telah memberitahu kami yang bayarannya hanya Rp 100,000 sahaja.Inilah perangai orang Indonesia,mereka akan cuba mengambil kesempatan selagi boleh.Sampai di airport kami sempat breakfast sebelum penerbangan.Kami di kenakan airport tax Rp 100,000 seorang.
Atas flight aku beli magnetic chest game set berharga Rm 25.Semasa connecting flight ke Kuala Terengganu beg bini aku di arah masuk luggage dan dikenakan bayaran Rm 45.Aku masuk kedua-duanya sekali dengan beg dan diarah membayar Rm 90.
Kami bertolak ke Kuala Terengganu pukul 12.45 tengahari dan selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pukul 13.40 petang.Walaupun letih namun hati tetap gembira.