Monday, November 14, 2011

LAWATAN S.M.AGAMA LADANG KE KUCHING,SARAWAK 25-28.10.2011

25 oct 2011 Tuesday - Bertolak dari Sek. Men. Agama Ladang pukul 06:00 petang dan sampai pada pukul 05:00 pagi di Terminal LCCT.


Flight kami ke Kuching pada pukul 07:10 pagi dan sampai pada pukul 08:55 pagi




Ainul dan Iman adalah orang yang paling gembira dapat naik flight.



Setibanya di sana kami di bawa terus ke tempat membuat pasu menggunakan bas JAKIM dan pergi lunch di bandar Kuching.


Lepas lunch kami di bawa ke tempat penginapan di Pusat Latihan Sarawak.Cikgu Nik adalah antara orang yang sangat gembira sampai di sana dengan pasangannya.


Sebelah petang kami di bawa bersiar-siar di bandar Kuching dan Water Front untuk membeli souvenior dan buah tangan.Bangunan yang cantik di belakang kami ialah pusat persidangan Dun Negeri Sarawak.

Pada sebelah malam kami di beri taklimat dan ceramah oleh Ustaz Sarbini Bin Dahlan bertajuk kepimpinan cemerlang.Isi ceramahnya amat baik dan langsung tidak membosankan dengan tuturkata versi Indonesianya.

Thursday 27 oct -Kami membuat lawatan rasmi ke Sek. Men. Sains Kuching dan di beri penerangan oleh Cikgu Bakhtiar tengtang sejarah penubuhan dan aktiviti sekolahnya.Sekolah mereka menjadi terkenal kerana mendapat anugerah sekolah berasrama terbilang atau terbaik di negara ini.


Kami dihidang dengan laksa sarawak dan kuih tradisionalnya.




Selepas itu kami di bawa melawat Muzium Sarawak



Kami sekali lagi pergi lunch di tempat yang sama pada hari kami sampai kerana menunya agak menarik dan harganya pun berpatutan.Lepas makan kami sekali lagi ke Water Front dan India Street kerana masih ramai diantara kami yang ingin membeli belah.


Hari ini kami menaiki bot menyusuri water front hampir 1 jam dan di kenakan bayaran Rm 18 untuk dewasa dan Rm 9 untuk kanak-kanak.



Sebelum pulang kami sempat makan malam di bazar berhampiran di situ.


28 oct 2011 Friday - Kami bangun awal dan bersiap-siap untuk pulang.Destinasi terakhir kami ialah membeli Kek Lapis Dayang Salhah dan Ikan Terubuk Masin.On the way ke sana kami sempat breakfast di warung berhampiran.


Berbagai jenis kek di jual di sini dan anda di beri peluang untuk mencubanya.Bersebelahannya pula terdapat orang menjual ikan terubuk masin.


Kami juga sempat ke Pasar Satok untuk membeli Ikan Terubuk Masin di sana dan membeli nasi beriani di restoran berhampiran untuk lunch di airport.
Terdapat juga pejabat Public Gold di Sarawak ini.
Setelah tibanya di airport masing-masing mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas dan ada juga yang memberi sedekah.


Kami bertolak balik dan sampai pada pukul 5.30 petang di LCCT.Kami terus bertolak ke Kuala Terengganu dan sampai di sekolah pada pukul 5.00 pagi.