Rabu 24 MAY 2006 - Bertolak dari airpot Kuala Terengganu ke KLIA.Sampai hampir 18:00 petang dan hanya lepak kat KLIA sahaja menanti flight ke Doha jam 7:45 pagi.Sampai di Doha 10:10pagi(waktu Doha) dan berehat seketika menanti flight ke Jeddah 13:15 tengahari.Selepas solat zuhur terus naik flight dan sampai di Jeddah 15:45 petang.






Kami terus dibawa menaiki bas ke Hotel Dallah Taubah di Madinah.Kami bertuah kerana dapat sembahyang jumaat di Masjid Nabawi iaitu masjid nabi muhammad s.a.w dan menziarahi pusara beliau.Di dalam masjid Nabawi terdapat ruang yang di tandakan dengan karpet berwarna hijau adalah ruang asal masjid nabi muhammad s.a.w dan ianya menjadi rebutan setiap pengunjung.Ganjaran pahala adalah berbeza berbanding ruangan karpet merah yang di letakkan selepas ruangan masjid nabi tersebut.





Kami bertolak ke Mekah menaiki bas melalui lebuhraya yang memakan masa 4-5 jam untuk sampai di sana.Kami berhenti hanya sek ali sahaja untuk makan tengahari dan solat zohor.Kamera tidak di benarkan di bawa masuk ke dalam masjid tetapi pandai-pandailah anda semua menggunakan telefon bimbit sebagai kamera.



Sebelum memasuki Masjidil Haram kita hendaklah berniat miqad di masjid paling hampir dengannya dan memakai ihram.



Alhamdulillah saya sempat buat 7 kali umrah,walaupun keadaan bersesak-sesak seperti anda lihat didalam gambar di bawah semasa membuat larian saei namun hati tetap bersemangat.






Di Mekah kami pergi melawat banyak tempat yang menarik diantaranya ialah kilang percetakan Al-Quran dan di sini kami diberikan senaskah Al-Quran secara percuma.
Kami juga pergi ke muzium yang menyimpan barang-barang bersejarah seperti kelambu kaabah,Al-Quran tulisan tangan dan banyak lagi.
Anda juga boleh mencuba susu unta dengan harga hanya RM 5 sebotol jika anda pergi melawat ladang ternakan unta.

Masjid Hudaybiah juga menjadi destinasi lawatan kami.Masjid asal telah pun musnah dan hanya tinggal kesan dinding batu sahaja.Di sini masjid baru telah pun didirikan bagi kegunaan pengunjung yang datang.

Kami juga pergi ke Padang Arafah dan menaiki bukit Jabbar Rahmah dimana tempat Adam dan Hawa di temukan.Disini anda boleh berdoa untuk mencari jodoh atau di panjangkan jodoh.
Kami pergi ke ladang kurma untuk membeli kurma nabi Muhammad s.a.w yang berharga RM 60 dan RM 90 sekilogram.
Di sini bersemadinya kubur isteri-isteri nabi Muhammad s.a.w seramai 9 orang.
Kami menaiki Bukit Uhud dimana tempat berlakunya Perang Uhud.

Saya juga bergerak dalam kumpulan kecil seramai 3-4 orang dan sempat singgah si Masjid Jin.

Isnin 5 JUN 2006 - Kami bertolak balik dari Jeddah jam 17:00 petang dan sampai di Doha jam 19:15 malam.Dari Doha kami bertolak jam 23:25 malam dan sampai di KLIA jam 12:05 malam.

No comments:
Post a Comment