Monday, February 7, 2011

Makan angin cuti RAYA CINA 3&4 FEB 2010 di Kuala Lumpur

RABU 2 feb 2011-Kami bertolak dari kuala Terengganu pukul 2:00 tgh dan sampai pada pukul 8:00 mlm.Kami terus ke Malis Char Kuey Teow di Danau Kota untuk mencubanya dan nasi lemak istimewanya.Waktu kami sampai pelanggan belum ramai tetapi selepas pukul 9:00 mlm semua terpaksa beratur melebihi 20 orang.Selepas makan kami ke rumah aunti mek ya dan menginap di sana.
KHAMIS 3 feb 2011-Kami ke Desa Water Park pukul 11:00 pagi dan balik pada pukul 4:00 ptg.Kadar bayaran adalah RM 20 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Pada sebelah malam kami ke Warung William tetapi kedainya tutup.Kami berjumpa Sham dan terus pergi ke UpTown seksyen 24 Shah Alam untuk makan malam.
Kami ke kedai Pak Manap di sana untuk melihat kedai runcitnya.
JUMAAT 4 feb 2011-Selepas solat jumaat kami ke One Utama Damansara untuk lunch dan kami pergi ke rumah Haslin untuk berjumpa Orang Perak.Di sana kami sempat ke pasar malam dan ke Presint 9 untuk membeli mee rebus haji wahid yang terkenal.
Sabtu 5 feb 2011-Seawal jam 7:00 pagi kami telah bertolak balik ke Kuala Terengganu.Kami singgah di rumah Kak Sidah untuk mandi dan makan mee goreng yang di masaknya.
Kami ke Zoo Kemaman untuk melihat binatang dan gajah masih belum sampai dan menurut penjaga tersebut mungkin bulan 3.Kadar bayarannya adalah RM 7 untuk dewasa dan RM 5 untuk usia 5-12 tahun.Terdapat air terjun di dalamnya dan pengunjung boleh juga mandi di sana.













No comments: