Friday 25/03/2011 -Kategori yang di sertai oleh Cikgu Salini dan Ustazah Rofidah adalah kategori guru wanita.Acara mereka bermula pada sebelah malam dan kami terpaksa check in di Hotel UiTM.Kami menempah bilik Deluxe menggunakan nama Cikgu Anisah Ayoub untuk mendapat potongan dari Rm 160 kepada Rm 140 bagi kakitangan kerajaan.
Kami sempat berehat,solat dan makan malam terlebih dahulu sebelum acara bermula.Kami rasa berbaloi dengan kadar yang dikenakan memandangkan biliknya yang agak selesa dan katilnya juga besar.
Perlawanan kategori guru wanita diadakan bermula pukul 10.00 malam diantara wakil S.M.A.Ladang Cikgu Salini dan Ustazah Rofidah menentang S.M.A Sultan Ismail Dungun.Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada S.M.A.Ladang.

SATURDAY 26/03/2011-Kami breakfast terlebih dahulu dan caj dikenakan Rm 7.75 bagi kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun.
Perlawanan separuh akhir diadakan pukul 11.00 pagi di antara S.M.A.Ladang menentang S.M.A.Khairiah dan kemenangan berpihak sekali lagi kepada S.M.A.Ladang.
Perlawanan separuh akhir diadakan pukul 11.00 pagi di antara S.M.A.Ladang menentang S.M.A.Khairiah dan kemenangan berpihak sekali lagi kepada S.M.A.Ladang.
Iman kelihatan bersemangat sekali bersama adiknya Ainul Mardhiah dan Aqil untuk memberi sokongan moral kepada uminya.Uminya dengan 'trendok vietnam' juga kelihatan amat bersemangat.
Cikgi Nozli sebagai urusetia kelihatan sibuk sekali menyediakan jadual perlawanan dan urusan makan-minum peserta.
Acara kemuncak yang dinanti-nantikan penonton iaitu perlawanan akhir kategori guru wanita di antara S.M.A.Ladang menentang S.M.A.Sultan Ismail Dungun.Ini adalah perlawanan ulangan kerana mereka berjaya menewaskan juara kumpulan B dan bertemu semula Juara kumpulan A.Mereka adalah naib juara kumpulan A.Penonton begitu teruja menyaksikan perlawanan akhir ini.Namun ketangkasan dan kelicikan Cikgu Salini dan Ustazah Rofidah di gelanggang sukar ditandingi dan sekaligus mereka di nobatkan sebagai JUARA kategori guru wanita.Peserta dari S.M.A.SID hanya mampu menggigit jari.Tahniah diucapkan kepada mereka.
Sementara menanti acara penyampaian hadiah peserta sempat makan tengahari bersama keluarga masing-masing.Aqil tidur kerana terlalu letih agaknya.
Acara penyampaian hadiah diadakan pada pukul 3.00 petang dan seterusnya semua peserta bersurai.
No comments:
Post a Comment